Wednesday, 11 February 2015

Ketahui Saiz Perut Bayi Yang Baru Lahir

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Carian Google

" Puan, saya baru bersalin semalam. Persoalannya, perlu ke saya beri anak saya susu formula sebab anak saya kerap menangis seperti tidak cukup susu. Susu badan saya juga macam tidak cukup untuk menampung keperluan baby saya"

Okayyy seringkali Linda diajukan soalan seperti di atas terutamanya ibu baru yang risau akan bayinya tidak mendapat cukup susu. Apabila bayi menangis, rata rata ibu mudah menjadi panik dan hilang keyakinan untuk menyusukan bayi dengan susu sepenuhnya. Keadaan juga akan menjadi lebih mencabar apabila ibu itu kurang mendapat sokongan dari orang sekeliling.


Betul ke bayi menangis kerana lapar walaupun si ibu baru sahaja selesai menyusukan bayinya?

Untuk menjawab soalan ini, jom kita tengok rajah di bawah


Saiz Perut Bayi dan Kuantiti Susu
Apa yang akan berlaku jika bayi minum susu terlalu banyak?
  • Perut bayi tidak selesa
  • Bayi mungkin muntah susu kerana terlalu kenyang 
  •  
Apa yang akan berlaku kepada ibu jika ibu terlalu risau?
  • Ibu kan mengalami stress seterusnya mengundang kepada masalah kurang susu ( stress mengganggu penghasilan susu)
  • Lama kelamaan susu ibu berkurangan akibat kurang ransangan / demand dari bayi kerana ibu telah memberi susu formula kepada bayi
  • Bayi tidak mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu

Jadi, di sini Linda nak share bahawa kadang-kadang bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau mungkin bayi masih belum boleh membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.Teruskan sahaja memberi bayi anda dengan susu ibu.Semoga perjalanan penyusuan ibu-ibu dipermudahkan dan diberi rezeki susu yang banyak untuk menyempurnakan penyusuan sehingga bayi berumur dua tahun.


Love,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda


Monday, 9 February 2015

TESTIMONI : Hb Naik Dengan Vitalea Shaklee

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Simpanan Peribadi

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya Linda tak update blog ni..so hari ni Linda nak share testimoni Linda sendiri sepanjang mengandungkan Yaya,Icha dan Emeriz..Sewaktu mengandungkan yaya, Linda tidak mengamalkan apa-apa suplemen begitu juga semasa mengandungkan Icha. Linda mula berkenalan dengan Shaklee sewaktu berpantang anak kedua (Icha).

So di bawah ni adalah bacaan Hb pregnancy pertama dan kedua ( Yaya dan Icha) SEBELUM consume Vitalea Shaklee..

Yaya ( Tahun 2007 )


Icha ( Tahun 2010)

Di bawah ni pula adalah bacaan Hb Linda sewaktu pregnancy ketiga ( Emeriz ) pada tahun 2013 SELEPAS mengamalkan Vitalea Shaklee

Emeriz ( Tahun 2013 )
Apa yang boleh share di sini ialah Vitalea Shaklee sangat membantu ibu hamil kerana :
  • Ia membantu mengekalkan paras hemoglobin ibu pada tahap normal.
  • Ia mampu memberi tenaga terutama bagi ibu yang mengalami alahan teruk / morning sickness.
  • Ia membantu membekalkan zat besi yang penting unuk  pembentukan sel darah merah secara langsung dapat mengelakkan masalah anemia.
  • Ia membekalkan nutrisi dan vitamin lengkap untuk ibu sepanjang kehamilan.
Bagi anda yang sedang hamil, sila dapatkan Vitalea Shaklee tanpa ragu-ragu yer sempena produk promo untuk bulan Februari 2015..

Nak dapatkan dari Linda pun boleh.Insyaallah konsultasi PERCUMA untuk cadangan pengambilaan vitamin, tips dan info sepanjang kehamilan dan penyusuan juga disertakan

Produk Promo untuk bulan Februari 2015
Untuk tempahan dan maklumat lanjut,

sms / whatsapp / call : 012-955 6144
Instagram : @lindazulkifly

Love,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda


Saturday, 24 January 2015

Join Breastfeeding Group Online : The Milk Makers Academy

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Simpanan Peribadi

Assalamualaikum....

Hari ni Linda nak share serba sedikit info tentang breastfeeding support group (Online) pulak iaitu The Milk Makers Academy.

Apa itu The Milk Makers Academy?

The Milk Makers Academy ini diasaskan dan dikelolakan oleh Linda sendiri (Kaunselor Laktasi Bertauliah). Ia merupakan kelas bimbingan penyusuan susu ibu yang dijalankan sepenuhnya secara online, walau di mana anda berada.Kelas yang dijalankan juga adalah bersifat fleksibel dan mengikut masa anda.

Tujuan utama kelas bimbingan ini diadakan adalah untuk menyalurkan info penyusuan susu ibu yang tepat kepada ibu - ibu menyusu, memberi galakan kepada ibu - ibu untuk meneruskan penyusuan mereka sehingga 2 tahun selaras dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang paling penting berkongsi kebaikan VITAMIN dan PEMAKANAN yang sesuai untuk si ibu sepanjang tempoh hamil dan menyusu.

Selain daripada itu juga, The Milk Makers Academy juga menawarkan servis dan perkhidmatan PERCUMA kepada ibu-ibu yang telah mendaftar dan antara servis dan perkhidmatan yang dijalankan ialah :





Kelas Penyusuan Susu Ibu (Offline)


Kaunseling Penyusuan Susu Ibu

Macam Mana Nak Jadi Ahli The Milk Makers Academy?

Hanya terbuka kepada yang mendaftar keahlian SHAKLEE di bawah jaringan saya sahaja samada membuat pembayaran RM65 atau keahlian PERCUMA dengan setiap pembelian produk 200 points (RM660 untuk Semenanjung Malaysia / RM85O untuk Sabah/Sarawak)

Kenapa Hanya Ahli SHAKLEE ?

Kerana sudah menjadi trend zaman sekarang rata rata ibu yang hamil dan menyusu mengamalkan vitamin SHAKLEE sepanjang tempoh hamil dan menyusu. Maka, Linda sebagai Kaunselor Laktasi Bertauliah mengambil inisiatif ini dengan mengadakan kelas bimbingan penyusuan khas untuk memberikan info tambahan yang tepat mengenai penyusuan susu ibu sebagai tanda sokongan Linda di atas usaha mereka untuk menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun.

5 Sebab Utama Kenapa Wajib JAdi Ahli The Milk Makers Academy ?

1. Online coaching penyusuan susu ibu samada perseorangan atau berkumpulan
2. Breastfeeding support group terbaik 24 jam melalui FB group / whatsapp
3. Kelas penyusuan susu ibu dijalankan secara fleksibel mengikut masa anda dan hanya dari rumah.
4. Nota dan info penyusuan  susu ibu akan diberi dari masa ke semasa
5. Konsultasi dan panduan lengkap suplemen Shaklee sepanjang masa


Pendaftaran telah DIBUKA!!!


Berminat, sila :

Call / Sms / Whatsapp @ 012-955 6144
Email us @ babytodd@ymail.com


With Love,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda


Friday, 23 January 2015

Punca Susu Ibu Merundum / Berkurangan

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Carian Google

Susu merundum atau Susu Berkurangan merupakan benda yang paling ditakuti oleh setiap ibu menyusu.Mereka akan mencuba segala jenis milk booster yang ada di pasaran dan yang pling menyedihkan ialah mereka mengharapkan "magic" supaya susu kembali banyak dalam masa terdekat.

Masalah susu merundum atau kurang susu ini ti dak berlaku secara mendadak. Ia berlaku secara perlahan-lahan mengikut amalan penyusuan ibu itu sendiri.

Antara punca susu ibu merundum / kurang :
  • Ibu TIDAK KONSISTEN mengosongkan payudara sama ada secara direct feeding atau mengepam setiap 3 jam
  • Kurang pengambilan AIR. Ibu harus minum sekurang-kuranya 3 liter sehari kerana kandungan susu ibu 88% adalah air. Maka tidak hairan la ibu - ibu berpantang mengalami kurang susu.
  • Ibu mengalami masalah HORMON dan MOOD yang tidak stabil serta KELETIHAN.Secara tidak langsung ia akan mengundang STRESS yang mana stress mengganggu penghasilan susu ibu itu sendiri.Pengambilan B Complex adalah perlu bagi mengawal stress si ibu.
  • Si ibu tidak mengamalkan pengambilan PROTEIN dan KALSIUM yang mana kedua dua ini juga merupakan komposisi terpenting di dalam susu ibu.Kekurangan Air, Protein dan Kalsium boleh menyebabkan penghasilan susu ibu berkurangan.
Jadi Linda mencadangkan set 3M untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah kurang penghasilan susu. Walaubagaimanapun bagi ibu-ibu yang tiada masalah penyusuan susu ibu, tidak salah untuk anda mengamalkan set ini untuk memperkayakan khasiat susu ibu untuk pembesaran si manja anda.

SET 3M
Linda menyediakan jadual mengepam,cadangan pengambilan vitamin dan tips penyusuan susu ibu serta konsultasi PERCUMA dengan setiap pembelian dari Linda yer

Berminat;

Call / Whatsapp @ 012 - 955 6144
Instagram : @lindazulkifly

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Monday, 19 January 2015

Set Penyusuan SHAKLEE Mana Yang Sesuai Untuk Saya?

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Simpanan Peribadi

Lately, ramai yang whatsapp / pm Linda di FB untuk bertanya set penyusuan mana yang sesuai untuk mereka. So di sini Linda akan terangkan dengan lebih detail mengenai setiap set penyusuan yang ada. The Milk Makers ada menyediakan 3 pakej set penyusuan iaitu :

  • Set B
  • Set E
  • Set 3M
Ada beza ke setiap set penyusuan nie ? 

Set B


  • Terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan Alfalfa.
  • Khas untuk ibu ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan susu ibu.
  • Set ini lebih kepada untuk memperkayakan khasiat dan nilai susu ibu supaya menjadi lebih berkualiti dan bernutrisi.
  • Fungsinya adalah untuk membina sel darah merah si ibu dan bayi, membantu  menstabilkanhormon dan mood si ibu ( stress boleh mengurangkan penghasilan susu ibu), meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi serta mempercepatkan penghasilan susu ibu dengan pengambilan ALFALFA.
  • Ia juga membantu mengatasi masalah sembelit dan keputihan.   

Set E 
  


  • Terdiri daripada Set B (Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa) dan Ostematrix.
  • Khas untuk ibu ibu yang tidak minum susu dan mempunyai masalah lactose intolerant
  • Ia juga sangat sesuai diambil oleh ibu ibu yang mengalami masalah susu drop ketika haid / PMS
  • Set ini membantu si ibu kekal cergas dan bertenaga walaupun kurang tidur,membantu pembentukan tulang dan otot serta pertumbuhan gigi bayi        

Set 3M


  • Terdiri daripada Set B ( Vitalea, B Complex,Vitamin C, Alfalfa), Ostematirix dan ESP.
  • Khas untuk ibu ibu yang mempunyai masalah penyusuan susu ibu seperti kurang penghasilan susu ibu walaupun konsisten mengepam setiap 3 jam dan minum air masak 3 liter sehari, ibu ibu yang baru mula / ingin membuat stok susu perahan dan ibu yang mempunyai masalah penghasilan susu ibu yang lambat.
  • Set ini adalah set penyusuan paling LENGKAP yang mana ia membantu untuk memastikan si ibu mendapat zat yang seimbang mengikut piramid pemakanan ibu menyusu yang telah dicadangkan untuk memastikan susu ibu lebih berkualiti dan bernutrisi.
Bagi ibu yang mempunyai bajet, Linda cadangkan anda untuk consume ESP kerana ia sangat sangat membantu untuk mempercepatkan penghasilan dan memekatkan susu ibu. Jadi anak tidak mudah lapar dan tidur lena..

PM / Whatsapp Linda untuk khidmat konsultasi PERCUMA, tips penyusuan susu ibu dan cadangan pengambilan vitamin dengan setiap pembelian dari kami.

Call / Whatsapp @ 012-9556144
Instagram : @lindazulkifly

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Monday, 5 January 2015

Linda Zulkifly

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Nama saya Norfazlinda Zulkifly, Berumur 32 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata ( 7 tahun, 5 tahun dan 1 tahun) yang mana kesemuanya menyusu badan sepenuhnya dengan susu ibu dan yang kecil masih menyusu badan. Saya memulakan karier saya sebagai Kaunselor Laktasi Bertauliah (Lactation Counsellor) sejak tahun 2008 iaitu semasa pertama kali menjadi seorang ibu kepada Amal Maheerah.

Saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa, Segamat sehingga darjah 6.Kemudian dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Segamat dan melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Diploma dalam bidang I.T di Politeknik Johor Bahru.

Setelah menamatkan pelajaran, saya mula bekerja di salah sebuah bank di Kuantan hinggalah saya melahirkan puteri sulong saya.Bermulah episod baru kehidupan saya sebagai seorang ibu yang mana saya berazam untuk menyusukan anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun banyak masalah yang perlu dihadapi. Pada ketika itu, Malaysia masih kekurangan Kaunselor Laktasi Bertauliah dan kumpulan sokongan susu ibu juga masih tidak begitu aktif untuk membantu ibu -ibu yang mempunyai masalah berkaitan penyusuan susu ibu.

Saya mula mengikuti setiap kursus dan bengkel penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh hospital-hospital kerajaan untuk memastikan saya dapat info dan tips penyusuan yang betul untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk puteri sulong saya. Semakin hari minat saya terhadap dunia penyusuan susu ibu semakin menebal dan saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penyusuan untuk menjadi Kaunselor Laktasi Bertauliah. Saya  cuba membantu seramai mungkin ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu dan saya juga mempunyai kumpulan sokongan susu ibu yang dikelolakan secara online (The Milk Makers Academy)

Insyaallah saya akan cuba berkongsi dengan para pembaca tentang dunia kehamilan, penyusuan susu ibu dan juga parenting info . Semoga dengan penulisan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan motivasi untuk ibu-ibu di luar sana meneruskan penyusuan susu ibu untuk anak-anak mereka

Say YES to Breastfeeding!!!

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda