Tuesday 22 September 2015

9 Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Teks: Linda Zulkifly
Photo : Carian Google & Simpanan Peribadi

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, Linda masih lagi diberi peluang untuk berkongsi tentang kebaikan penyusuan susu ibu hari ini..Sejak kebelakangan ni banyak benda yang perlu Linda settle sampai tak sempat nak update blog..

Hari ni Linda nak kongsi dengan ibu - ibu semua mengenai pentingnya persediaan penyusuan sebelum bersalin. Rata-rata ibu yang Linda jumpa semasa sesi kaunseling penyusuan susu ibu mengeluh betapa payahnya nak menjayakan penyusuan di awal kelahiran lagi-lagi kalau bayi yang dilahirkan ada masalah sehinggat terpaksa dipisahkan dari ibunya buat sementara waktu. Ibu-ibu akan mula rasa stress dan akhirnya penghasilan susu ibu juga akan mula berkurangan.

Jadi hari ni Linda nak kongsikan dengan ibu-ibu semua 9 Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin bagi ibu hamil. 





Pilih Hospital Yang Menyokong Penyusuan Susu Ibu ( Hospital Rakan Bayi)
  • Bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibusecara ekslusif, Linda cadangkan agar ibu memilih hospital rakan bayi. Bagi ibu yang memilih untuk melahirkan bayi di hospital swasta, ibu boleh berbincang dan maklumkan dengan doktor dan bidan yang berada di bilik bersalin mengenai hasrat ibu untuk menyusukan bayi secara ekslusif. Jadi bayi tidak akan diberi susu formula selepas lahir.




Kelas Penyusuan / Antenatal Class
  • Ibu juga boleh mencari seberapa banyak maklumat dan ilmu penyusuan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Salah satu ialah dengan cara menghadiri kelas penyusuan susu ibu. Ia merupakan kelas yang akan memberi pendedahan kepada ibu tentang pemakanan semasa hamil, senaman yang digalakkan sewaktu hamil, cara penjagaan dalam pantang, tips menjayakan penyusuan selepas kelahiran dan lain-lain lagi.



Cari Ilmu Penyusuan Susu Ibu
  • Banyakkan membaca dan mencari maklumat mengenai penyusuan susu ibu .Rujukan boleh dibuat melalui bahan bacaan penyusuan susu ibu atau pun Internet. Tanpa ilmu maka sukarlah ibu ingin memulakan penyusuaannya kelak. Dan akhirnya ibu akan berputus asa dan mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayinya.



Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu
  • Ibu juga digalakkan untuk bergaul dengan ibu-ibu yang masih menyusu dan pernah mempunyai pengalaman menyusukan bayi. Dengan teknologi yang serba canggih sekarang ni ibu-ibu boleh berhubung antara satu sama lain untuk bertukar pendapat melalui group penyusuan di media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan lain-lain lagi



Memilih Pam Payudara Yang Berkualiti
  • Linda selalu mencadangkan agar ibu-ibu membeli Breastpump Double Pumping kerana ia membantu ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu bagi ibu berkejaya. Dapatkan satu set Pam Penyusuan Berganda sebelum kelahiran bayi anda agar ibu boleh menggunakannya jika nibu terpaksa berpisah dengan bayinya atas sebab-sebab tertentu seperti jaundis dan sebagainya. Secara tak langsung, ia dapat membantu ibu untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan cepat dan mengelakkan berlakunya masalah bengkak susu



Berbincang dengan Majikan dan Rakan Sepejabat
  • Ini adalah perlu supaya ibu dapat berkerja mengikut waktu kerja anjal bagi memastikan ibu dapat memerah susu secara konsisten di pejabat



Berbincang Dengan Suami Dan Ahli Keluarga 
  • Cuba beritahu suami dan ahli keluarga tentang niat anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif dari awal kehamilan.
  • Ajak suami atau ibu yang bakal menjaga anda sewaktu dalam pantang ke kelas penyusuan dan cuba berkongsi artikel penyusuan susu ibu dengan mereka supaya mereka terbuka hati untuk sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu

Cari Pengasuh / Tadika Mesara Penyusuan
  • Ini juga antara perkara yang paling penting untuk mejayakan penyusuan susu ibu. Berikan tunjuk ajar kepada pengasuh yang bakal menjaga bayi anda cara menyediakan dan memberi susu perahan sewaktu anda bekerja
 Semoga dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu ibu-ibu semua membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Percayalah tiada susu yang lebih hebat dan setanding dengan susu ibu

Bagi ibu yang mempunyai masalah berkaitan penyusuan,boleh hubungi Linda secara

whatsapp / sms / call @ 012-955 6144
Instgram : @lindazulkifly

Salam Sayang,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

No comments:

Post a Comment