Monday 5 January 2015

Linda Zulkifly

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Nama saya Norfazlinda Zulkifly, Berumur 32 tahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata ( 7 tahun, 5 tahun dan 1 tahun) yang mana kesemuanya menyusu badan sepenuhnya dengan susu ibu dan yang kecil masih menyusu badan. Saya memulakan karier saya sebagai Kaunselor Laktasi Bertauliah (Lactation Counsellor) sejak tahun 2008 iaitu semasa pertama kali menjadi seorang ibu kepada Amal Maheerah.

Saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa, Segamat sehingga darjah 6.Kemudian dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan, Segamat dan melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Diploma dalam bidang I.T di Politeknik Johor Bahru.

Setelah menamatkan pelajaran, saya mula bekerja di salah sebuah bank di Kuantan hinggalah saya melahirkan puteri sulong saya.Bermulah episod baru kehidupan saya sebagai seorang ibu yang mana saya berazam untuk menyusukan anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun banyak masalah yang perlu dihadapi. Pada ketika itu, Malaysia masih kekurangan Kaunselor Laktasi Bertauliah dan kumpulan sokongan susu ibu juga masih tidak begitu aktif untuk membantu ibu -ibu yang mempunyai masalah berkaitan penyusuan susu ibu.

Saya mula mengikuti setiap kursus dan bengkel penyusuan susu ibu yang dianjurkan oleh hospital-hospital kerajaan untuk memastikan saya dapat info dan tips penyusuan yang betul untuk menjayakan penyusuan susu ibu untuk puteri sulong saya. Semakin hari minat saya terhadap dunia penyusuan susu ibu semakin menebal dan saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penyusuan untuk menjadi Kaunselor Laktasi Bertauliah. Saya  cuba membantu seramai mungkin ibu-ibu yang mempunyai masalah dalam penyusuan susu ibu dan saya juga mempunyai kumpulan sokongan susu ibu yang dikelolakan secara online (The Milk Makers Academy)

Insyaallah saya akan cuba berkongsi dengan para pembaca tentang dunia kehamilan, penyusuan susu ibu dan juga parenting info . Semoga dengan penulisan saya ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan motivasi untuk ibu-ibu di luar sana meneruskan penyusuan susu ibu untuk anak-anak mereka

Say YES to Breastfeeding!!!

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda


No comments:

Post a Comment