Monday 11 May 2015

Adakah Bayi Saya Mendapat Cukup Susu?

Dalam tempoh beberapa minggu selepas bayi dilahirkan, kebanyakan ibu risau samada bayinya mendapat susu yang secukupnya atau tidak, terutamanya apabila bayi mahu menyusu setiap masa atau pun nampak tidak puas selepas sesi penyusuan . JANGAN RISAU!!! Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran, bayi akan menyusu sekurang-kurangnya 10 ke 12 kali sehari dan corak penyusuannya akan berubah dari 8 ke 10 kali sehari selepas itu.

Kalau nak tahu bayi mendapat cukup susu ke tidak, ibu-ibu mesti tahu TANDA-TANDA AWAL BAYI MEMERLUKAN SUSU





  1. Badan bayi bergerak-gerak
  2. Mulut bayi terbuka seolah-olah sedang menghisap sesuatu
  3. Mulut bayi seperti mencari puting apabila disentuh
  4. Bayi memasukkan jari atau tangan, dan adakalanya bayi menghisap tangan
Apabila si ibu tidak mengendahkan tanda-tanda di atas, bayi akan mula gelisah dan menangis dan lama kelamaan tangisannya akan menjadi semakin kuat

Ada dua cara untuk mengenalpasti bayi telah mendapat susu yang secukupnya selepas sesi penyusuan iaitu :

 TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT SUSU SECUKUPNYA :




  1. Bayi kelihatan kenyang, terus tertidur dan melepaskan sendiri puting payudara ibu
  2. Berat bayi bertambah mengikut umurnya
  3. Kulit bayi juga kelihatan lembap dan tegang
  4. Kekerapan kencing dan pembuangan air besar bayi juga mencukupi
  5. Najis bayi akan berwarna semakin cerah selepas hari ke lima kelahiran

Di bawah ini, Linda sertakan JADUAL KEKERAPAN KENCING DAN PEMBUANGAN AIR BESAR BAYI untuk rujukan ibu- ibu semua ..





TANDA-TANDA IBU TAHU BAHAWA BAYINYA MENDAPAT SUSU SECUKUPNYA :
  1. Ibu berasa haus dan berpeluh selepas selesai sesi penyusuan
  2. Susu juga keluar daripada payudara sebelah lagi (Let Down Reflex)
  3. Payudara ibu yang penuh akan menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu   

Sebagai kesimpulannya, salah satu perkara yang paling sukar semasa mahu memulakan penyusuan adalah untuk merasa yakin bahawa bayi telah mendapat cukup susu.Sekiranya ibu berasa tidak yakin, jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi atau jururawat laktasi semasa di peringkat awal penyusuan..


Untuk pertanyaan lanjut, boleh 

whatsapp Linda @ 012-955 6144 
Instagram : @lindazulkifly


Salam Sayang,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

No comments:

Post a Comment