Thursday 16 April 2015

Perbezaan Antara Payudara Yang Penuh Dan Payudara Bengkak

Assalamualaikum dearies..

Selepas Linda update tentang cara-cara untuk mengatasi masalah bengkak susu that day, ada yang mula whatsapps bertanya perbezaan antara payudara yang penuh dan payudara bengak especially ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi.

Jadi, Linda decide nak share info berguna ni dalam blog Linda untuk dikongsi bersama dengan ibu-ibu lain.

Antara salah satu daripada tanda penghasilan susu semakin banyak ialah payudara semakin membesar dan penuh. Ia biasanya terjadi di antara hari ketiga hingga kelima selepas bersalin.Panambahan aliran darah ke payudara, penambahan cecair dan susu di dalam payudara menyebabkan payudara ibu tadi menjadi berat dan penuh.Lekapan dan teknik hisapan yang betul serta penyusuan yang kerap ( mengikut kehendak ibu dan bayi) adalah sangat penting untuk mengelakkan payudara ibu menjadi bengkak (bengkak susu).




Perbezaan antara payudara penuh dan payudara bengkak:
  • Suhu Payudara 
          Payudara yang penuh akan bersuhu sedikit suam manakala payudara yang bengkak akan berasa
          panas
  • Kesakitan
          Payudara yang penuh biasanya tidak berasa sakit manakala payudara bengkak akan berasa
          sakit dan adakalanya memerlukan ubat tahan sakit
  • Kulit Payudara
          Kulit payudara yang bengkak akan kelihatan tegang, berkilat dan adakalanya bewarna sedikit
          kemerahan manakala payudara penuh akan kelihatan seperti biasa
  • Keadaan Payudara
          Payudara yang bengkak adakalanya akan terasa berketul-ketul dan areola akan terasa keras.
          Puting susu ibu juga akan kelihatan tenggelam dan ini menyukarkan bayi untuk melekap
          dan menghisap dengan betul.Payudara ibu juga tidak dapat dikosongkan dengan berkesan.
          Payudara penuh selalunya tidak keras seperti payudara yang bengkak.

Sekiranya payudara ibu ada menunjukkan gejala-gejala seperti di atas, Linda sarankan untuk anda berjumpa dengan jururawat laktasi / kaunselor laktasi bertauliah untuk pemeriksaan lanjut

P/s : Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil dan ibu menyusu di luar sana.Untuk info lanjut, ibu-ibu boleh hubungi Linda :

sms / whatsapp @ 012-955 6144
Instagram : @lindazulkifly

Love,

Linda 
Kaunselor Penyusuan Anda

Tuesday 14 April 2015

Cara Mengurangkan Bengkak Susu

Teks : Linda Zulkifly
Photo :Simpanan Sendiri

Assalamualaikum..

Bengkak Susu biasanya terjadi dalam minggu pertama atau minggu kedua selepas melahirkan anak, tetapi ada juga yang berlaku selepas itu. Ada ibu mengalami bengkak pada kedua-dua belah payudaranya dan ada sebahagiannya hanya mengalami bengkak di sebelah payudara. Tidak kurang juga yang hanya mengalami bengkak di sekitar areola sahaja.



Jadi hari ni Linda nak share beberapa kaedah yang boleh diguna pakai sekiranya ibu-ibu mengalami masalah ini :

Penyusuan kerap / On Demand Feeding
  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kehendak bayi atau ibu di kedua-dua belah payudara terutamanya apabila bengkak tidak terlalu serius. Pengosongan payudara yang berkesan dapat mengelakkan bengkak payudara menjadi lebih serius
  • Menyusukan bayi di sebelah payudara dahulu sehingga dia kenyang, tawarkan sebelah lagi selepas bayi disendawakan.
  • Sekiranya payudara masih lagi bengkak, ibu disarankan untuk memerah susu tersebut samada menggunakan tangan atau pam pemerah susu.           
Memerah Susu Sehari Sekali Sekiranya Perlu 
  • Jika penyusuan kerap tadi tidak dapat membantu meredakan bengkak susu selepas 24 jam, Linda suggest ibu untuk melakukan sesi perahan sekali sahaja sehingga payudara ibu tadi betul betul terasa kosong
  • Jika ia dibiarkan bengkak,lama kelamaan penghasilan susu ibu akan mula terjejas dan berkurang. Ini kerana badan akan mendapat isyarat yang susu tidak perlu dihasilkan lagi
Tuaman Sejuk Di Antara Dua Sesi Penyusuan
  • Basahkan tuala dengan air sejuk dan letak di atas payudara. Cold pack juga boleh digunakan sekiranya ada.
  • Lakukan selama 20 minit di antara dua sesi penyusuan kerana ia membantu untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak
Pakai Coli Penyusuan Yang Bersesuaian
  • Pilih coli yang bersesuaian dan tidak terlalu longgar kerana ia dapat memberikan sokongan yang sepatutnya kepada payudara yang berat 
Bengkak Payudara Yang Menyebabkan Puting Ibu Tenggelam Atau Bayi Sukar Menghisap
  • Tuam payudara dengan tuala panas selama lima minit atau ibu mandi dengan air suam panas sekurang-kurangnya lima minit
  • Aliran air panas pada payudara kadang-kadang menyebabkan susu terkeluar dan ia dapat membantu melembutkan payudara untuk memudahkan bayi melekap dan menghisap dengan baik
  • Jika terdapat ketulan di payudara (saluran susu tersumbat), cuba urutkan bahagian tersebut dengan perlahan kerana ia dapat memecahkan aliran yang tersumbat. Maka aliran susu lebih menjadi lebih lancar
Pengambilan Lecithin  
  • Menurut Dr. Jackman, pengambilan Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Secara tidak langsung, aliran susu akan menjadi lebih lancar dan bengkak susu akan berkurangan.
Lecithin Shaklee
Psst!!! Promosi Lecithin (Buy 6 FREE 1) masih ada lagi sehingga akhir bulan Mei, nak dapatkan 1 botol dengan harga SUPER SPECIAL pun boleh..Insyaallah breastfeeding tips and consultation tip top punyer ONLY for my exclusive customer

Untuk pertanyaan lanjut,

call / whatsapp Linda @ 012-955 6144 or
Instagram : @lindazulkifly

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda