Tuesday 22 September 2015

9 Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Teks: Linda Zulkifly
Photo : Carian Google & Simpanan Peribadi

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, Linda masih lagi diberi peluang untuk berkongsi tentang kebaikan penyusuan susu ibu hari ini..Sejak kebelakangan ni banyak benda yang perlu Linda settle sampai tak sempat nak update blog..

Hari ni Linda nak kongsi dengan ibu - ibu semua mengenai pentingnya persediaan penyusuan sebelum bersalin. Rata-rata ibu yang Linda jumpa semasa sesi kaunseling penyusuan susu ibu mengeluh betapa payahnya nak menjayakan penyusuan di awal kelahiran lagi-lagi kalau bayi yang dilahirkan ada masalah sehinggat terpaksa dipisahkan dari ibunya buat sementara waktu. Ibu-ibu akan mula rasa stress dan akhirnya penghasilan susu ibu juga akan mula berkurangan.

Jadi hari ni Linda nak kongsikan dengan ibu-ibu semua 9 Tips Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin bagi ibu hamil. 





Pilih Hospital Yang Menyokong Penyusuan Susu Ibu ( Hospital Rakan Bayi)
  • Bagi ibu-ibu yang ingin menjayakan penyusuan susu ibusecara ekslusif, Linda cadangkan agar ibu memilih hospital rakan bayi. Bagi ibu yang memilih untuk melahirkan bayi di hospital swasta, ibu boleh berbincang dan maklumkan dengan doktor dan bidan yang berada di bilik bersalin mengenai hasrat ibu untuk menyusukan bayi secara ekslusif. Jadi bayi tidak akan diberi susu formula selepas lahir.




Kelas Penyusuan / Antenatal Class
  • Ibu juga boleh mencari seberapa banyak maklumat dan ilmu penyusuan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Salah satu ialah dengan cara menghadiri kelas penyusuan susu ibu. Ia merupakan kelas yang akan memberi pendedahan kepada ibu tentang pemakanan semasa hamil, senaman yang digalakkan sewaktu hamil, cara penjagaan dalam pantang, tips menjayakan penyusuan selepas kelahiran dan lain-lain lagi.



Cari Ilmu Penyusuan Susu Ibu
  • Banyakkan membaca dan mencari maklumat mengenai penyusuan susu ibu .Rujukan boleh dibuat melalui bahan bacaan penyusuan susu ibu atau pun Internet. Tanpa ilmu maka sukarlah ibu ingin memulakan penyusuaannya kelak. Dan akhirnya ibu akan berputus asa dan mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayinya.



Kumpulan Sokongan Ibu Menyusu
  • Ibu juga digalakkan untuk bergaul dengan ibu-ibu yang masih menyusu dan pernah mempunyai pengalaman menyusukan bayi. Dengan teknologi yang serba canggih sekarang ni ibu-ibu boleh berhubung antara satu sama lain untuk bertukar pendapat melalui group penyusuan di media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan lain-lain lagi



Memilih Pam Payudara Yang Berkualiti
  • Linda selalu mencadangkan agar ibu-ibu membeli Breastpump Double Pumping kerana ia membantu ibu untuk menjayakan penyusuan susu ibu bagi ibu berkejaya. Dapatkan satu set Pam Penyusuan Berganda sebelum kelahiran bayi anda agar ibu boleh menggunakannya jika nibu terpaksa berpisah dengan bayinya atas sebab-sebab tertentu seperti jaundis dan sebagainya. Secara tak langsung, ia dapat membantu ibu untuk merangsang penghasilan susu ibu dengan cepat dan mengelakkan berlakunya masalah bengkak susu



Berbincang dengan Majikan dan Rakan Sepejabat
  • Ini adalah perlu supaya ibu dapat berkerja mengikut waktu kerja anjal bagi memastikan ibu dapat memerah susu secara konsisten di pejabat



Berbincang Dengan Suami Dan Ahli Keluarga 
  • Cuba beritahu suami dan ahli keluarga tentang niat anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara ekslusif dari awal kehamilan.
  • Ajak suami atau ibu yang bakal menjaga anda sewaktu dalam pantang ke kelas penyusuan dan cuba berkongsi artikel penyusuan susu ibu dengan mereka supaya mereka terbuka hati untuk sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu

Cari Pengasuh / Tadika Mesara Penyusuan
  • Ini juga antara perkara yang paling penting untuk mejayakan penyusuan susu ibu. Berikan tunjuk ajar kepada pengasuh yang bakal menjaga bayi anda cara menyediakan dan memberi susu perahan sewaktu anda bekerja
 Semoga dengan perkongsian ini serba sedikit dapat membantu ibu-ibu semua membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Percayalah tiada susu yang lebih hebat dan setanding dengan susu ibu

Bagi ibu yang mempunyai masalah berkaitan penyusuan,boleh hubungi Linda secara

whatsapp / sms / call @ 012-955 6144
Instgram : @lindazulkifly

Salam Sayang,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Saturday 6 June 2015

5 Kaedah Dan Posisi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum wbt..


Penyusuan Susu Ibu adalah sesuatu yang sangat semulajadi tetapi ia perlu dipelajari dan akan bertambah baik seiring dengan pertambahan pengalaman ibu - ibu semua.Penyusuan Susu Ibu adalah gabungan seni dan teknikal.

Apabila pertama kali ibu - ibu menyusukan anak, ibu - ibu memang akan terasa kekok dan kurang yakin.Melihat ibu lain yang menyusukan anak mereka mungkin sedikit sebanyak dapat membantu tetapi ia tidak sama sepertimana menyusukan anak sendiri. Antara soalan - soalan yang sering ditanya kepada Linda sewaktu membuat kaunseling di hospital adalah:
  • Betul ke cara saya memegang bayi?
  • Macam mana nak pastikan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi saya?
  • Adakah mulut bayi saya terbuka luas?
  • Adakah bayi saya dapat menghisap susu di kawasan yang betul
So, hari ni Linda nak share beberapa kaedah dan posisi penyusuan susu ibu yang boleh membantu ibu - ibu menyusukan bayi dengan selesa :

Posisi Buai (Cradle Hold)

Cradle Hold
  1. Ibu bersandar separa baring atau duduk di atas kerusi atau katil dengan bantuan beberapa bantal
  2. Letakkan bayi di lengan tangan kanan (sekiranya ibu nak menyusu belah kanan) dan kepala bayi terletak di bahagian siku.
  3. Pastikan kepala, badan dan punggung bayi selari, muka menghadap payudara ibu dan bayi rapat ke ibu.
  4. Perut bayi haruslah menyentuh perut ibu (tummy to tummy)
  5. Hidung bayi sama paras dengan puting ibu dan kepalanya sedikit terdongak dari dadanya.
  6. Tangan ibu yang sebelah lagi mengampu punggung bayi dan kaki bayi sedikit rendah daripada kepalanya. 
Posisi Selang Buai (Cross Cradle Hold)

Cross Cradle Hold
  1. Gunakan tangan yang bertentangan dengan payudara yang dihisap bagi memegang bayi.
  2. Ibu jari dan jari-jari lain mengampu bahu untuk menyeimbangkan badan bayi.
  3. Tangan yang sama pula memegang payudara
  4. Sekiranya ibu menggunakan posisi silang buai di payudara kiri, tangan kanannya mengampu bayi dan tangan kiri memegang payudara.
  5. Posisi ini dilakukan dengan cara tangan kiri mengambil alih fungsi tangan kanan demi mengampu badan bayi.
  6. Tangan kanan mengampu punggung bayi
  7. Pastikan telinga,bahu dan peha berada dalam satu garis lurus.  
Posisi mendakap (Football Hold)
Football Hold
  1. Sekiranya ibu ingin menyusukan bayi di payudara kiri, tangan yang sama (kiri) ibu memegang anak dan mengampu bahu bayi.
  2. Ibu jari diletakkan di bawah telinga bayi dan jari telunjuk di bawah telinga yang sebelah lagi.
  3. Lengan ibu mengampu badan bayi
  4. Bantal yang diletakkan berhampiran siku ibu mengampu punggung bayi.
  5. Tangan kanan yang memegang payudara 
  6. Letakkan bantal di belakang ibu supaya ibu lebih selesa.
Posisi baring (Lying Down)

Lying Down
  • Ibu mengiring mengikut payudara yang mahu disusukan.Belakang ibu disokong dengan beberapa biji bantal.
  •  Kepala diletakkan di atas bantal dan tangan ibu diletakkan di bawah kepala atau bantal mengkut keselesaan ibu.
  • Lutut ibu dibengkokkan sedikit dan sekiranya perlu letakkan bantal di antara dua lutut ibu supaya lebih selesa.
  • Bayi diletakkan mengiring, menghadap payudara ibu.Letakkan sebiji bantal di belakang bayi untuk menyokong badan bayi.Pastikan belakang bayi lurus.
Posisi Biological Nurturing
 
Biological Nurturing

  • Ibu berada dalam kedudukan menyandar atau pun separa baring.
  • Sediakan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang dan lengan ibu supaya tidak lenguh.
  • Bayi diletakkan di atas ibu (tummy to tummy) dan secara mengiring.
  • Bayi juga boleh diletakkan secara berbaring ataupun menegak.
  • Kaki bayi menyentuh peha ibu. 

Jadi ibu-ibu sekalian, bersedialah untuk mencuba posisi-posisi yang Linda cadangkan ni sekiranya keadaan memerlukan.Ibu tidak perlu takut untuk menukar posisi dan jangan hadkan diri dengan satu posisi sahaja.Linda pasti ibu-ibu akan jumpa dengan posisi yang paling sesuai selepas beberapa kali mencuba kesemua posisi di atas. 


Untuk info lanjut, boleh whatsapp Linda yer @ 012-955 6144.Insyaallah Linda cuba bantu ibu-ibu semua

Linda Zulkifly
Kaunselor Laktasi Anda  
    












 

Tuesday 19 May 2015

Vitamin Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Mengandung adalah saat dan perjalanan yang paling indah bagi seorang ibu untuk menantikan kelahiran si manja. Namun perlu Linda ingatkan di sini bahawa penantian 9 bulan itu perlu dilengkapi dengan pemakanan yang seimbang serta vitamin agar bayi yang dikandung membesar dengan sihat.

Kekurangan pemakanan seimbang dan vitamin boleh mengganggu pembesaran si manja sewaktu di dalam kandungan seperti bayi membesar tidak selaras dengan graf, sistem imunisasi yang lemah,tulang yang lemah dan sebagainya. Maka Linda sangat menggalakkan agar si ibu dapat menjaga amalan pemakanan dan vitamin yang sesuai.





Terdapat beberapa vitamin Shaklee yang sesuai diamalkan oleh ibu hamil iaitu :

ESP
ESP merupakan protien lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ia membentuk sel baru dan memperbaiki sel sedia ada di dalam tubuh. Ia juga membantu untuk tubuh ibu membuat persediaan penghasilan susu ibu selepas kelahiran bayi




Vitalea 
Ia adalah multivitamin yang lengkap dengan zat besi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk pembinaan sel darah merah. Ia membantu mengatasi masalah mudah pitam,anemia dan letih


B Complex
Merupakan vitamin B yang lengkap dengan dengan 8 vitamin B, Folic Acid dan Biotin yang diperlukan oleh badan. Ia membantu si ibu agar kekal bertenaga,tidak stress dan tidak mudah moody.





Vitamin C
Ia membantu meningkatkan sistem imunisasi ibu dan bayi yang dikandung dan membantu pengaliran darah menjadi lebih baik




Ostematrix
Ia mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat penting  untuk pembinaan sel darah dan sistem saraf. Ia membantu untuk pembentukan tulang dan otot bayi serta menstabilkan tekanan darah ibu sepanjang proses kehamilan.



Omega Guard
Ia mengandungi DHA yang mana ia sangat penting untuk pembentukan otak bayi sejak dari dalam kandungan. Vitamin ini hanya sesuai diambil apabila kandungan mencecah 4 bulan.




Oh ye bulan ni ada PROMO SET KEHAMILAN..bukan itu sahaja malah anda boleh dapat FREE sebotol Vitalea and FREE keahlian Shaklee .sila whatsapp Linda untuk dapatkan best offer ni.Memang berbaloi tau!!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi;



Call / Whatsapp : 012-955 6144
Instagram :@lindazulkifly

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Monday 11 May 2015

Adakah Bayi Saya Mendapat Cukup Susu?

Dalam tempoh beberapa minggu selepas bayi dilahirkan, kebanyakan ibu risau samada bayinya mendapat susu yang secukupnya atau tidak, terutamanya apabila bayi mahu menyusu setiap masa atau pun nampak tidak puas selepas sesi penyusuan . JANGAN RISAU!!! Dalam tempoh dua minggu pertama selepas kelahiran, bayi akan menyusu sekurang-kurangnya 10 ke 12 kali sehari dan corak penyusuannya akan berubah dari 8 ke 10 kali sehari selepas itu.

Kalau nak tahu bayi mendapat cukup susu ke tidak, ibu-ibu mesti tahu TANDA-TANDA AWAL BAYI MEMERLUKAN SUSU





  1. Badan bayi bergerak-gerak
  2. Mulut bayi terbuka seolah-olah sedang menghisap sesuatu
  3. Mulut bayi seperti mencari puting apabila disentuh
  4. Bayi memasukkan jari atau tangan, dan adakalanya bayi menghisap tangan
Apabila si ibu tidak mengendahkan tanda-tanda di atas, bayi akan mula gelisah dan menangis dan lama kelamaan tangisannya akan menjadi semakin kuat

Ada dua cara untuk mengenalpasti bayi telah mendapat susu yang secukupnya selepas sesi penyusuan iaitu :

 TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT SUSU SECUKUPNYA :




  1. Bayi kelihatan kenyang, terus tertidur dan melepaskan sendiri puting payudara ibu
  2. Berat bayi bertambah mengikut umurnya
  3. Kulit bayi juga kelihatan lembap dan tegang
  4. Kekerapan kencing dan pembuangan air besar bayi juga mencukupi
  5. Najis bayi akan berwarna semakin cerah selepas hari ke lima kelahiran

Di bawah ini, Linda sertakan JADUAL KEKERAPAN KENCING DAN PEMBUANGAN AIR BESAR BAYI untuk rujukan ibu- ibu semua ..





TANDA-TANDA IBU TAHU BAHAWA BAYINYA MENDAPAT SUSU SECUKUPNYA :
  1. Ibu berasa haus dan berpeluh selepas selesai sesi penyusuan
  2. Susu juga keluar daripada payudara sebelah lagi (Let Down Reflex)
  3. Payudara ibu yang penuh akan menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu   

Sebagai kesimpulannya, salah satu perkara yang paling sukar semasa mahu memulakan penyusuan adalah untuk merasa yakin bahawa bayi telah mendapat cukup susu.Sekiranya ibu berasa tidak yakin, jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada kaunselor laktasi atau jururawat laktasi semasa di peringkat awal penyusuan..


Untuk pertanyaan lanjut, boleh 

whatsapp Linda @ 012-955 6144 
Instagram : @lindazulkifly


Salam Sayang,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Thursday 16 April 2015

Perbezaan Antara Payudara Yang Penuh Dan Payudara Bengkak

Assalamualaikum dearies..

Selepas Linda update tentang cara-cara untuk mengatasi masalah bengkak susu that day, ada yang mula whatsapps bertanya perbezaan antara payudara yang penuh dan payudara bengak especially ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi.

Jadi, Linda decide nak share info berguna ni dalam blog Linda untuk dikongsi bersama dengan ibu-ibu lain.

Antara salah satu daripada tanda penghasilan susu semakin banyak ialah payudara semakin membesar dan penuh. Ia biasanya terjadi di antara hari ketiga hingga kelima selepas bersalin.Panambahan aliran darah ke payudara, penambahan cecair dan susu di dalam payudara menyebabkan payudara ibu tadi menjadi berat dan penuh.Lekapan dan teknik hisapan yang betul serta penyusuan yang kerap ( mengikut kehendak ibu dan bayi) adalah sangat penting untuk mengelakkan payudara ibu menjadi bengkak (bengkak susu).




Perbezaan antara payudara penuh dan payudara bengkak:
  • Suhu Payudara 
          Payudara yang penuh akan bersuhu sedikit suam manakala payudara yang bengkak akan berasa
          panas
  • Kesakitan
          Payudara yang penuh biasanya tidak berasa sakit manakala payudara bengkak akan berasa
          sakit dan adakalanya memerlukan ubat tahan sakit
  • Kulit Payudara
          Kulit payudara yang bengkak akan kelihatan tegang, berkilat dan adakalanya bewarna sedikit
          kemerahan manakala payudara penuh akan kelihatan seperti biasa
  • Keadaan Payudara
          Payudara yang bengkak adakalanya akan terasa berketul-ketul dan areola akan terasa keras.
          Puting susu ibu juga akan kelihatan tenggelam dan ini menyukarkan bayi untuk melekap
          dan menghisap dengan betul.Payudara ibu juga tidak dapat dikosongkan dengan berkesan.
          Payudara penuh selalunya tidak keras seperti payudara yang bengkak.

Sekiranya payudara ibu ada menunjukkan gejala-gejala seperti di atas, Linda sarankan untuk anda berjumpa dengan jururawat laktasi / kaunselor laktasi bertauliah untuk pemeriksaan lanjut

P/s : Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua ibu-ibu hamil dan ibu menyusu di luar sana.Untuk info lanjut, ibu-ibu boleh hubungi Linda :

sms / whatsapp @ 012-955 6144
Instagram : @lindazulkifly

Love,

Linda 
Kaunselor Penyusuan Anda

Tuesday 14 April 2015

Cara Mengurangkan Bengkak Susu

Teks : Linda Zulkifly
Photo :Simpanan Sendiri

Assalamualaikum..

Bengkak Susu biasanya terjadi dalam minggu pertama atau minggu kedua selepas melahirkan anak, tetapi ada juga yang berlaku selepas itu. Ada ibu mengalami bengkak pada kedua-dua belah payudaranya dan ada sebahagiannya hanya mengalami bengkak di sebelah payudara. Tidak kurang juga yang hanya mengalami bengkak di sekitar areola sahaja.



Jadi hari ni Linda nak share beberapa kaedah yang boleh diguna pakai sekiranya ibu-ibu mengalami masalah ini :

Penyusuan kerap / On Demand Feeding
  • Susukan bayi anda dengan kerap mengikut kehendak bayi atau ibu di kedua-dua belah payudara terutamanya apabila bengkak tidak terlalu serius. Pengosongan payudara yang berkesan dapat mengelakkan bengkak payudara menjadi lebih serius
  • Menyusukan bayi di sebelah payudara dahulu sehingga dia kenyang, tawarkan sebelah lagi selepas bayi disendawakan.
  • Sekiranya payudara masih lagi bengkak, ibu disarankan untuk memerah susu tersebut samada menggunakan tangan atau pam pemerah susu.           
Memerah Susu Sehari Sekali Sekiranya Perlu 
  • Jika penyusuan kerap tadi tidak dapat membantu meredakan bengkak susu selepas 24 jam, Linda suggest ibu untuk melakukan sesi perahan sekali sahaja sehingga payudara ibu tadi betul betul terasa kosong
  • Jika ia dibiarkan bengkak,lama kelamaan penghasilan susu ibu akan mula terjejas dan berkurang. Ini kerana badan akan mendapat isyarat yang susu tidak perlu dihasilkan lagi
Tuaman Sejuk Di Antara Dua Sesi Penyusuan
  • Basahkan tuala dengan air sejuk dan letak di atas payudara. Cold pack juga boleh digunakan sekiranya ada.
  • Lakukan selama 20 minit di antara dua sesi penyusuan kerana ia membantu untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak
Pakai Coli Penyusuan Yang Bersesuaian
  • Pilih coli yang bersesuaian dan tidak terlalu longgar kerana ia dapat memberikan sokongan yang sepatutnya kepada payudara yang berat 
Bengkak Payudara Yang Menyebabkan Puting Ibu Tenggelam Atau Bayi Sukar Menghisap
  • Tuam payudara dengan tuala panas selama lima minit atau ibu mandi dengan air suam panas sekurang-kurangnya lima minit
  • Aliran air panas pada payudara kadang-kadang menyebabkan susu terkeluar dan ia dapat membantu melembutkan payudara untuk memudahkan bayi melekap dan menghisap dengan baik
  • Jika terdapat ketulan di payudara (saluran susu tersumbat), cuba urutkan bahagian tersebut dengan perlahan kerana ia dapat memecahkan aliran yang tersumbat. Maka aliran susu lebih menjadi lebih lancar
Pengambilan Lecithin  
  • Menurut Dr. Jackman, pengambilan Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. Secara tidak langsung, aliran susu akan menjadi lebih lancar dan bengkak susu akan berkurangan.
Lecithin Shaklee
Psst!!! Promosi Lecithin (Buy 6 FREE 1) masih ada lagi sehingga akhir bulan Mei, nak dapatkan 1 botol dengan harga SUPER SPECIAL pun boleh..Insyaallah breastfeeding tips and consultation tip top punyer ONLY for my exclusive customer

Untuk pertanyaan lanjut,

call / whatsapp Linda @ 012-955 6144 or
Instagram : @lindazulkifly

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda

Wednesday 11 February 2015

Ketahui Saiz Perut Bayi Yang Baru Lahir

Teks : Linda Zulkifly
Photo : Carian Google

" Puan, saya baru bersalin semalam. Persoalannya, perlu ke saya beri anak saya susu formula sebab anak saya kerap menangis seperti tidak cukup susu. Susu badan saya juga macam tidak cukup untuk menampung keperluan baby saya"

Okayyy seringkali Linda diajukan soalan seperti di atas terutamanya ibu baru yang risau akan bayinya tidak mendapat cukup susu. Apabila bayi menangis, rata rata ibu mudah menjadi panik dan hilang keyakinan untuk menyusukan bayi dengan susu sepenuhnya. Keadaan juga akan menjadi lebih mencabar apabila ibu itu kurang mendapat sokongan dari orang sekeliling.


Betul ke bayi menangis kerana lapar walaupun si ibu baru sahaja selesai menyusukan bayinya?

Untuk menjawab soalan ini, jom kita tengok rajah di bawah


Saiz Perut Bayi dan Kuantiti Susu
Apa yang akan berlaku jika bayi minum susu terlalu banyak?
  • Perut bayi tidak selesa
  • Bayi mungkin muntah susu kerana terlalu kenyang 
  •  
Apa yang akan berlaku kepada ibu jika ibu terlalu risau?
  • Ibu kan mengalami stress seterusnya mengundang kepada masalah kurang susu ( stress mengganggu penghasilan susu)
  • Lama kelamaan susu ibu berkurangan akibat kurang ransangan / demand dari bayi kerana ibu telah memberi susu formula kepada bayi
  • Bayi tidak mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu

Jadi, di sini Linda nak share bahawa kadang-kadang bayi menangis mungkin kerana hanya mahukan pelukan atau mungkin bayi masih belum boleh membiasakan diri dengan keadaan sekeliling.Teruskan sahaja memberi bayi anda dengan susu ibu.Semoga perjalanan penyusuan ibu-ibu dipermudahkan dan diberi rezeki susu yang banyak untuk menyempurnakan penyusuan sehingga bayi berumur dua tahun.


Love,

Linda Zulkifly
Kaunselor Penyusuan Anda