Saturday, 6 June 2015

5 Kaedah Dan Posisi Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum wbt..


Penyusuan Susu Ibu adalah sesuatu yang sangat semulajadi tetapi ia perlu dipelajari dan akan bertambah baik seiring dengan pertambahan pengalaman ibu - ibu semua.Penyusuan Susu Ibu adalah gabungan seni dan teknikal.

Apabila pertama kali ibu - ibu menyusukan anak, ibu - ibu memang akan terasa kekok dan kurang yakin.Melihat ibu lain yang menyusukan anak mereka mungkin sedikit sebanyak dapat membantu tetapi ia tidak sama sepertimana menyusukan anak sendiri. Antara soalan - soalan yang sering ditanya kepada Linda sewaktu membuat kaunseling di hospital adalah:
  • Betul ke cara saya memegang bayi?
  • Macam mana nak pastikan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi saya?
  • Adakah mulut bayi saya terbuka luas?
  • Adakah bayi saya dapat menghisap susu di kawasan yang betul
So, hari ni Linda nak share beberapa kaedah dan posisi penyusuan susu ibu yang boleh membantu ibu - ibu menyusukan bayi dengan selesa :

Posisi Buai (Cradle Hold)

Cradle Hold
  1. Ibu bersandar separa baring atau duduk di atas kerusi atau katil dengan bantuan beberapa bantal
  2. Letakkan bayi di lengan tangan kanan (sekiranya ibu nak menyusu belah kanan) dan kepala bayi terletak di bahagian siku.
  3. Pastikan kepala, badan dan punggung bayi selari, muka menghadap payudara ibu dan bayi rapat ke ibu.
  4. Perut bayi haruslah menyentuh perut ibu (tummy to tummy)
  5. Hidung bayi sama paras dengan puting ibu dan kepalanya sedikit terdongak dari dadanya.
  6. Tangan ibu yang sebelah lagi mengampu punggung bayi dan kaki bayi sedikit rendah daripada kepalanya. 
Posisi Selang Buai (Cross Cradle Hold)

Cross Cradle Hold
  1. Gunakan tangan yang bertentangan dengan payudara yang dihisap bagi memegang bayi.
  2. Ibu jari dan jari-jari lain mengampu bahu untuk menyeimbangkan badan bayi.
  3. Tangan yang sama pula memegang payudara
  4. Sekiranya ibu menggunakan posisi silang buai di payudara kiri, tangan kanannya mengampu bayi dan tangan kiri memegang payudara.
  5. Posisi ini dilakukan dengan cara tangan kiri mengambil alih fungsi tangan kanan demi mengampu badan bayi.
  6. Tangan kanan mengampu punggung bayi
  7. Pastikan telinga,bahu dan peha berada dalam satu garis lurus.  
Posisi mendakap (Football Hold)
Football Hold
  1. Sekiranya ibu ingin menyusukan bayi di payudara kiri, tangan yang sama (kiri) ibu memegang anak dan mengampu bahu bayi.
  2. Ibu jari diletakkan di bawah telinga bayi dan jari telunjuk di bawah telinga yang sebelah lagi.
  3. Lengan ibu mengampu badan bayi
  4. Bantal yang diletakkan berhampiran siku ibu mengampu punggung bayi.
  5. Tangan kanan yang memegang payudara 
  6. Letakkan bantal di belakang ibu supaya ibu lebih selesa.
Posisi baring (Lying Down)

Lying Down
  • Ibu mengiring mengikut payudara yang mahu disusukan.Belakang ibu disokong dengan beberapa biji bantal.
  •  Kepala diletakkan di atas bantal dan tangan ibu diletakkan di bawah kepala atau bantal mengkut keselesaan ibu.
  • Lutut ibu dibengkokkan sedikit dan sekiranya perlu letakkan bantal di antara dua lutut ibu supaya lebih selesa.
  • Bayi diletakkan mengiring, menghadap payudara ibu.Letakkan sebiji bantal di belakang bayi untuk menyokong badan bayi.Pastikan belakang bayi lurus.
Posisi Biological Nurturing
 
Biological Nurturing

  • Ibu berada dalam kedudukan menyandar atau pun separa baring.
  • Sediakan beberapa biji bantal untuk menyokong belakang dan lengan ibu supaya tidak lenguh.
  • Bayi diletakkan di atas ibu (tummy to tummy) dan secara mengiring.
  • Bayi juga boleh diletakkan secara berbaring ataupun menegak.
  • Kaki bayi menyentuh peha ibu. 

Jadi ibu-ibu sekalian, bersedialah untuk mencuba posisi-posisi yang Linda cadangkan ni sekiranya keadaan memerlukan.Ibu tidak perlu takut untuk menukar posisi dan jangan hadkan diri dengan satu posisi sahaja.Linda pasti ibu-ibu akan jumpa dengan posisi yang paling sesuai selepas beberapa kali mencuba kesemua posisi di atas. 


Untuk info lanjut, boleh whatsapp Linda yer @ 012-955 6144.Insyaallah Linda cuba bantu ibu-ibu semua

Linda Zulkifly
Kaunselor Laktasi Anda  
    












 

1 comment:

  1. Harrah's Casino & Hotel - Mapyro
    Harrah's 포항 출장안마 Casino & Hotel in Murphy, 양산 출장안마 North 의정부 출장마사지 Carolina Close all other casinos. 오산 출장안마 Mapyro 양산 출장안마 helps you find the places to stay near Harrah's Casino and Hotel.

    ReplyDelete